top of page

Anak tidak pandai urus sendiri emosi. Ajar dia guna 3 cara mudah ini!

Anak tidak pandai urus sendiri emosi. Ajar dia guna 3 cara mudah ini!
Anak tidak pandai urus sendiri emosi. Ajar dia guna 3 cara mudah ini!

Ramai ibu bapa tanya macam mana nak bantu anak kawal emosi. Jawapannya bukan dengan marah, ugut atau suruh diam. Tapi dengan ajar mereka faham: perasaan datang dan pergi. Perasaan tak kekal.


Bila anak tahu semua emosi tu cuma sementara, mereka akan mula tenang sendiri.


Ini 3 cara ringkas yang boleh mula ajar dari sekarang:


1. Guna perkataan “kadang-kadang”

Ajar anak faham yang emosi berubah-ubah.

Kadang kita marah, kadang tak.

Kadang kita gembira, kadang tidak.

Kadang kita takut, tapi lama-lama reda juga.

Perasaan tak kekal selamanya, dan itu normal.


2. Tambah perkataan “sekarang” bila cakap pasal emosi

Daripada cakap “awak ni penakut”, cuba ubah kepada;

“Awak rasa takut sekarang ni”

“Awak rasa malu sikit sekarang ni”

Ini bantu anak sedar yang perasaan tu bukan identiti dia, cuma apa yang dia rasa masa tu saja.


3. Ajak anak refleksi lepas emosi reda

Contoh masa anak dah tenang, tanya balik;

“Ingat tak tadi adik sedih sangat?”

“Susah juga untuk kita masa tu ya. Sekarang macam mana perasaan adik?”

Tegaskan bahawa perasaan yang susah pun akan berlalu juga. Kita cuma kena laluinya, bukan lawan atau takutkannya.


Bila anak belajar yang perasaan bukan untuk dilawan atau ditolak, mereka mula belajar tenangkan diri. Kita pun tak perlu jadi pakar psikologi. Cukup kita jadi cermin, jadi contoh, dan jadi tempat selamat untuk mereka.


Perasaan memang datang dan pergi. Tapi anak yang faham perkara tu akan lebih kuat hadapi apa saja.


 
 
 

Comments


© 2023 Brainy Bunch International School

bottom of page